Write For Us

DUN P Pinang kecoh, ADUN Pinang Tunggal diusir keluar dewan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
107 Views
Published
Para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno mengambil tindakan untuk keluar dari Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini selepas Speaker Datuk Law Choo Kiang mengusir Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal).
Law mengarahkan Roslan untuk meninggalkan Dewan tersebut apabila beliau enggan duduk selepas tercetus perang mulut antaranya dengan dan beberapa ADUN Pakatan Harapan.
Ia berlaku semasa pembentangan resolusi mengutuk penahanan Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Maria ditahan sehari sebelum berlangsungnya himpunan BERSIH5 di Kuala Lumpur pada Sabtu yang lalu dan kini ditahan untuk tempoh selama 28 hari.
Pertelagahan itu tercetus apabila Roslan memberitahu Dr Afif Bahardin (PKR-Seberang Jaya), yang ketika itu sedang berbahas agar tidak lupa bahawa bapanya adalah ahli Umno.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment