Ekoran ketiadaan ketua pembangkang selama dua penggal, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh hari ini memutuskan untuk mempertimbangkan pindaan peraturan tetap kerajaan negeri itu.
Hannah Yeoh berkata, pindaan tersebut dibuat bagi membolehkan ketua pembangkang berucap di dalam sidang DUN Selangor.
"Kami sedang dalam pertimbangan untuk meminda peraturan tetap, salah satu pindaan yang kita ingin buat ialah untuk memperkenalkan ucapan ketua pembangkang.
"Ini cadangan pertama yang kita nak pinda buat masa ini, ucapan ketua pembangkang kita tidak ada slot khas untuk itu," kata Hannah dalam sidang media selepas sidang DUN Selangor berhenti rehat.
Mengulas lanjut, Hannah yang juga ADUN Subang Jaya berkata, menurut Peraturan Tetap 13 ketua pembangkang hanya boleh memberikan ucapan di dalam DUN mengikut teks ucapan yang dihantar terlebih dahulu kepada Speaker tidak kurang daripada dua hari sebelum persidangan berlangsung.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment