Write For Us

Duta Myanmar ke PBB dipecat kerana sokong kerajaan lama

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
70 Views
Published
Unta Myanmar memecat duta besarnya ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Kyaw Moe Tun, berikutan tindakannya mengecam penggulingan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi, ketika polis berusaha mengawal penunjuk perasaan di seluruh negara.

Demonstrasi berlaku sejak 1 Februari lalu dan pihak berkuasa menggunakan gas pemedih mata, meriam air dan peluru getah bagi menyuraikan situasi.
Moe Tun meminta sokongan antarabangsa untuk melakukan tindakan terbaik bagi mengembalikan demokrasi berikutan rampasan kuasa berlaku kerana tentera menuduh penipuan berlaku dalam pilihan raya November lalu, di mana parti Suu Kyi memenanginya.

Semalam, siaran televisyen yang dikendalikan oleh kerajaan mengumumkan bahawa Moe Tun bukan lagi duta besar Myanmar ke PBB.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment