Write For Us

Edar dadah, tiga lelaki dihukum gantung

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
97 Views
Published
Dua lelaki warga Iran dan seorang rakyat tempatan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Georgetown pada Jumaat 6 Disember, atas kesalahan mengedar dadah jenis methamphetamine, empat tahun lalu.
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap J Balakrishnan, 63; Mohammad Abbasi Younes, 37, dan Seyed Mohsen Namazikivaj Seyedreza, 31, di akhir kes pembelaan.
Bagaimanapun, seorang lagi tertuduh yang juga wanita rakyat tempatan, B Lacheme Devi, 56, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan terbabit selepas mahkamah mendapati wujud keraguan sama ada tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai dadah terbabit di lokasi kejadian.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 kanun keseksaan.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau jika tidak dikenakan hukuman mati, boleh dikenakan hukuman sebat sehingga 15 kali sebatan.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment