Write For Us

EKSKLUSIF: 'Warisan bantah cadangan Anwar PM, Mukhriz TPM'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
76 Views
Published
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berkata kombinasi pertama melibatkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan Mukhriz Mahathir sebagai timbalannya.

Bagaimanapun ia tidak menerima sokongan daripada sekutu PH dan justeru cadangan baru dibangkitkan, iaitu Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri dengan Anwar sebagai timbalannya.

Menurut Loke, ketika mesyuarat "PH plus" pada 9 Jun, kedua-dua pilihan itu dibincangkan dengan Warisan membantah kombinasi Anwar-Mukhriz dan Mahathir mencadangkan beliau diberi masa enam bulan untuk memimpin.

Satu mesyuarat susulan dibuat pada 13 Jun, di mana DAP dan Amanah menyokong kombinasi Mahathir-Anwar memandangkan kombinasi Anwar-Mukhriz tidak lagi boleh diteruskan. PKR pula memutuskan untuk menangguhkan keputusannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment