Write For Us

Elak ditahan polis, pemandu lori rempuh 15 kereta

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
158 Views
Published
Sebanyak 15 kenderaan rosak selepas dilanggar sebuah lori yang cuba melarikan diri daripada polis trafik dalam kejadian di Pangsapuri Angsana USJ1, Subang Jaya, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, sebelum kejadian, pemandu lori tersebut yang berusia 27 tahun dikatakan enggan memberhentikan kenderaan setelah ditahan anggota polis trafik di Batu 9, Cheras di sini.
Menurutnya, pemandu lori itu tidak berhenti dan meneruskan perjalanan dari Kajang sehingga ke USJ1 malah melanggar kira-kira 15 kenderaan di sepanjang kawasan apartmen di situ.
Mohammad Azlin memberitahu, video kejadian tersebut telah tular dalam media sosial dan jelas kelihatan terdapat bendera parti politik tergantung pada lori berkenaan.
Sumber berita: Utusan Online
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment