Write For Us

Elok Dr M tumpu perhatian kepada amal ibadat saja - Zahid

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
12 Views
Published
Dengan kempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu bermula secara rasmi hari ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberikan 'nasihat' kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad supaya menumpukan kepada amal ibadat.

Pengerusi BN itu berkata demikian ketika diminta mengulas ramalan Mahathir bahawa DAP akan mengekalkan kerusi itu kerana perpecahan undi Melayu.

Mahathir, yang mengasas dan meninggalkan dua parti berasaskan Melayu sejak keluar daripada Umno, dipetik portal dalam talian Free Malaysia Today sebagai berkata DAP berkemungkinan mengekalkan kerusi DUN itu kerana perpecahan di kalangan pengundi Melayu, manakala pengundi Cina tetap bersatu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment