Write For Us

Enam jalan ditutup sempena perhimpunan Icerd

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
111 Views
Published
Polis akan menutup enam jalan di ibu negara bersempena perhimpunan ‘kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) bermula 6 pagi Sabtu ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata tindakan itu dibuat bagi memberi ruang kepada peserta berhimpun di Jalan Raja berdepan bangunan Sultan Abdul Samad selain mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Menurutnya, jalan yang terlibat dengan penutupan ialah Jalan Sultan Hishamuddin (sebelum terowong), Leboh Pasar, Jalan Tun Perak (bermula di stesen LRT Masjid Jamek), Jalan Tuanku Abdul Rahman (berhampiran Sogo), Jalan Raja Laut (berhampiran Summit Hotel) dan Bulatan Dato’ Onn (berhampiran Bank Negara).
Menurutnya, tindakan tunda dan saman akan dikenakan kepada kenderaan yang melanggar peraturan, undang-undang serta arahan pihak berkuasa.
Beliau turut menasihatkan peserta perhimpunan agar mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012, tidak mencetuskan provokasi selain tidak menularkan spekulasi yang menjejaskan ketenteraman awam di media sosial.
Beliau berkata bagi memastikan keadaan keselamatan dan ketenteraman awam pada tahap tertinggi serta tiada sebarang insiden berlaku sebelum, semasa dan selepas perhimpunan, polis telah menyediakan kekuatan anggota dan pegawai secukupnya.
Sementara itu, beliau berkata polis akan memantau perarakan dari Masjid Wilayah Persekutuan melibatkan persatuan-persatuan silat yang akan menyerahkan memorandum berkaitan ICERD di Pintu 3 Istana Negara antara 10 pagi hingga 12 tengah hari, Sabtu ini.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222, IPD Brickfields di talian 03-22979268, dan pusat kawalan polis Kuala Lumpur di talian 03-21460532(sambungan 584/585) atau mana-mana balai polis berhampiran.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment