Write For Us

Equanimity: Apabila Rafidah Aziz bersuara...

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
142 Views
Published
Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz membidas pihak berkuasa Malaysia kerana sebelum ini gagal mencari kapal layar mewah milik ahli perniagaan Low Taek Jho, Equanimity.
Memetik di Facebook, ini kerana beliau sendiri pernah mengesan kapal itu ketika bercuti di Thailand pada tahun lalu.
Pihaknya dengan mudah dapat mengenal pasti lokasi sebenar Equanimity menggunakan sistem pengecaman automatik bot mereka, dan sempat merakam gambar dan video dari jarak dekat, yang ketika itu berada di pangkalan di Phuket.
Rafidah juga mempersoalkan apa yang telah berlaku terhadap penguat kuasa negara sehinggakan tidak pernah peduli untuk benar-benar mengesan dan mencari kapal terbabit.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment