Write For Us

Erdogan, Rouhani tiba untuk hadiri Sidang Kemuncak KL 2019

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Pentas Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang akan mengetengahkan isu berkaitan hal ehwal umat dan negara Islam, sudah bersedia menjadi tumpuan dunia sehingga 21 Disember ini.
Diterajui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi sidang kemuncak berkenaan, segala perbincangan dan pandangan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sepanjang persidangan selama empat hari itu, pasti mendapat perhatian.
Turut menyertai Dr Mahathir yang terkenal dengan pandangan beraninya mengenai isu-isu berkaitan dunia Islam adalah Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani; Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Iran Hassan Rouhani.
Erdogan dan Rouhani sudah berada di sini untuk menghadiri sidang kemuncak itu, manakala Sheikh Tamim dijangka tiba pada 19 Disember. Indonesia pula akan diwakili Naib Presiden, Ma’ruf Amin dan Uzbekistan oleh Penasihat Negara kepada Presiden, Rustam Kasimov.
Walaupun Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan yang juga antara negara perintis Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 menarik diri pada saat akhir, ia dijangka tidak menjejaskan agenda perbincangan yang sudah dirangka.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment