Write For Us

Erma Fatima, Bade sah cerai

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
141 Views
Published
Sutradara terkenal, Badaruddin Azmi atau Bade, melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, pengarah dan pelakon, Erma Fatima, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.
Memetik BH Online, Bade, 53 tahun, tiba di mahkamah berasingan kira-kira 10.30 pagi manakala Erma, 49 tahun, yang mengenakan jubah hitam, tiba pada 11 pagi ditemani adiknya, Betty Rahmad.
Bade yang juga pengarah filem KL Menjerit dan Berlari Ke Langit, memfailkan permohonan cerai pada 10 Ogos lalu di mahkamah yang sama mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Dua tahun lalu, Erma pernah memfailkan permohonan cerai selepas mendapat tahu Bade berkahwin lain.
Bagaimanapun pengarah filem Embun ini menarik balik keputusannya itu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 November 1991 dan mempunyai lima orang anak angkat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment