Write For Us

Exco Johor dibawa ke mahkamah untuk direman

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
178 Views
Published
Exco Johor, Datuk Abd Latif Bandi dibawa ke Mahkamah Majistret di Johor Bahru bagi mendapatkan perintah reman berhubung siasatan kes rasuah berkaitan dengan penukaran hak milik tanah Bumiputera.
Abd Latif, yang berbaju lokap oren, tiba di mahkamah pada 9 pagi diiringi beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Beliau disambut kira-kira 11 penyokong ketika hadir ke mahkamah.
Semalam, SPRM menahan Abd Latif sebelum melakukan serbuan di rumahnya pada jam 11 pagi.
Turut dirampas, kira-kira 150 beg tangan berjenama, wang tunai RM41,000 dan sebuah kereta Toyota Vellfire.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM dan Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Sebelum ini, SPRM menahan enam individu atas dakwaan rasuah melibatkan penukaran hak milik tanah bumiputera bagi mendapatkan sogokan.
SPRM turut menahan anak Abd Latif dan pegawai khas anggota exco itu. Selain itu suruhanjaya itu merampas 26 kenderaan mewah dan membekukan 45 akaun bank berkaitan kes itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment