Write For Us

EXPLORE ME MORE PLEASE! AKMAL AHMAD TAKDE BANYAK FOLLOWER TAPI LAKONAN PADU DALAM FILEM COAST GUARD

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
40 Views
Published
PEMBABITAN pelakon teater dan drama, Akmal Ahmad dalam kerjaya seni bermula sekitar 2009 dan dia lebih serius sejak 2014.

Namun begitu, nama graduan kelahiran Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ini mula jadi perhatian sejak tahun lalu.

Ia berikutan Akmal yang membintangi iklan berjudul Kuih Bangkit tular kerana salah satu wataknya membunuh diri.

Bakal muncul dalam telefilem Lafaz di RTM pada Disember ini, Akmal berkata, dia sedar namanya masih belum dikenali ramai.

“Sebenarnya, kebanyakan penonton kenal dengan watak yang saya lakonkan berbanding nama sendiri. Malah, ada juga yang samakan saya dengan Amerul Affendi walaupun kami jauh berbeza,” katanya.

Akmal berkata, dia tidak selesa disamakan dengan pelakon lain, ditambah jika menjadi pilihan kedua.

“Setiap pelakon ada kelebihan bakat masing-masing dan tidak perlu diwujudkan persamaan. Walaupun saya kurang dikenali tetapi ia lebih baik daripada menjadi pilihan kedua pihak produksi,” katanya.

Akmal yang pernah membintangi filem Pulang membawa watak Karim berkata, dia juga tidak memilih watak untuk dilakonkan.

Katanya, memahami situasi nama yang belum kukuh dalam lakonan membuatkan dia lebih utamakan peluang.

“Saya masih memerlukan banyak peluang untuk menimba pengalaman lebih luas. Justeru, sekarang belum masa untuk saya memilih.

“Apapun, melihat kebanyakan penonton mengenali saya melalui watak dilakonkan, ia adalah satu penghargaan. Bagi saya, apabila lakonan diingati itu sudah memadai. Biarlah perlahan-lahan memasang impian,” katanya.

Mengulas perkembangan kerjaya lakonannya, Akmal berkata, dia terbabit membintangi filem Coast Guard arahan Allahyarham Pitt Hanif.

Katanya, dia teruja melakonkan salah satu watak utama sebagai Rima dalam filem penuh aksi itu.

“Saya cuma mengharapkan filem ini diterima baik penonton apabila ditayangkan nanti. Apatah lagi ia menjadi satu-satunya karya terakhir pengarah berbakat seperti Pitt yang kini tinggal kenangan,” katanya.

Akmal berkata, pengalaman bekerjasama dengan arwah Pitt banyak memberi peluang kepadanya menimba ilmu.

Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!

???? ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI:
□ Portal: https://www.budiey.com
□ Instagram: https://instagram.com/budiey
□ Twitter: http://twitter.com/budiey
□ Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
□ Youtube: http://youtube.com/budieychannel
□ Podcast:: https://anchor.fm/budieychannel
□ Vlog: https://cutt.ly/HnAOWsZ

❤️ HULURKAN DERMA SUMBANGAN UNTUK SUPPORT BUDIEY:-
□ https://www.patreon.com/budiey

MUSIC FOR YOUTUBE:
□ Music Epidermic: https://cutt.ly/ynFRaYe

EMAIL & CONTACT :
□ Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact:
[email protected]

MERCHANDISE BUDIEY:
□ Baju T: https://cutt.ly/9nAOnlc
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment