Write For Us

Ezam bertanding di Shah Alam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
125 Views
Published
NGO Hisbah Malaysia memutuskan untuk meletakkan Pengerusinya, Datuk Ezam Mohd Nor di kawasan Parlimen Shah Alam pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Dalam satu kenyataan, Setiausahanya, Abdul Ghani Haroon berkata Shah Alam dipilih kerana ia merupakan kawasan pengundi bandar dan majoriti besar Melayu dengan agenda isu melawan rasuah.
Katanya, Ezam cenderung untuk bertanding di Parlimen Pekan, kawasan yang diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun Hisbah mendapati kawasan itu telah berlaku pemindahan undi yang terlalu besar.
Ketika pilihan raya itu nanti, Ezam akan bertanding menggunakan lambang Bebas.
Malah, Hisbah juga sedia berkerjasama dengan semua parti politik dan badan NGO lain melainkan Umno-BN.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment