Write For Us

Ezam cerita sebab 'cabut' dari Kementerian Kewangan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
120 Views
Published
Pemimpin Parti Bebas Rasuah, Datuk Ezam Mohd Nor menceritakan bagaimana dia membuat keputusan meletak jawatan di Kementerian Kewangan.
Katanya, ia bermula selepas dipanggil oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - yang juga menteri kewangan apabila bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang kerajaan.
"Dia (Najib) kata, we have problems now. Ini bekas PM sendiri buat serangan terbuka. Macam mana nak lawan?
"Saya kata, Dr Mahathir sebut 20 perkara, anda jawablah. Kalau tak dapat jawab 20, 10 saja cukup, sebab Dr Mahathir tak campur politik.
"Tapi Najib tak jawab. Strategi dia, jangan jawab dan alihkan perhatian. Lalu pada masa itu setiap malam Buletin Utama bantai Dr Mahathir supaya dia nampak sebagai orang jahat.
"Itu kerja bodoh. Itulah kali terakhir saya dipanggil. Sebab itu saya cabut. Buat apa saya tunggu di Kementerian Kewangan," katanya ketika bercakap pada majlis forum mengenai 1MDB di Petaling Jaya malam tadi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment