Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu membidas sikap sesetengah pemimpin Islam yang menyokong BN serta menghalalkan rasuah yang berlaku sehingga tugas memeranginya diambil DAP.
“Saya tak faham kenapa pemimpin agama yang pergi pertahankan Umno BN, ini fahaman celaka yang masuk dalam pemikiran, sedangkan rasuah dan penyelewengan tak boleh ditolak ansur oleh orang Islam.
“Kenapa DAP pula jadi juara dalam hal melawan rasuah, sepatutnya orang Islam, kerana kita diajar bahawa pemberi dan penerima rasuah masuk neraka,” kata Mohamad dalam ucapannya ketika Konvensyen AMANAH Selangor di Bangunan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hari ini.
Mohamad yang tidak menamakan pemimpin Islam tersebut berkata, individu berkenaan juga sanggup mencari ayat-ayat dari al-Quran bagi menukar maksud rasuah kepada habuan.
Mohamad berkata, AMANAH komited mendidik masyarakat bahawa rasuah adalah perkara yang dilarang, malah parti itu telah bersiap sedia dijatuhkan sekiranya terlibat dengan penyelewengan tersebut.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment