Write For Us

'Faktor sejarah, tak salah lagu dan bendera umno disekolah'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
146 Views
Published
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zamri Mohd berpandangan bahawa bendera Umno dikibar dan lagu parti itu berkumandang di Sekolah Kebangsaan Presint 14, Putrajaya semalam tidak lebih daripada faktor sejarah.
Padanya, ini kerana Umno adalah salah satu parti yang bertanggungjawab dan penyumbang kepada kemerdekaan negara.
“Saya sukar nak memberikan komen, tetapi mungkin sebab faktor sejarah.
“Dalam subjek Sejarah di sekolah, dalam buku Sejarah ada menyatakan Umno juga merupakan salah satu parti yang turut menyumbang kepada kemerdekaan
“Ini faktor sejarah yang kita tak boleh ubah, memang kita akur bahawa Umno, MCA, MIC (penyumbang kepada kemerdekaan),” kata Zambri yang ditemui selepas dialog TN50 anjuran GPMS dengan tajuk “Anak Muda Makin Parah, Malaysiaku Ke Mana Arah?" di Kuala Lumpur malam tadi.
Zamri berkata demikian ketika diminta mengulas murid sekolah di Presint 14, Putrajaya, semalam yang menyanyikan lagu Umno dan mengibarkan bendera parti itu dalam satu majlis anjuran sekolah berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment