Write For Us

FELDA United disingkir kerana tiada lesen bertanding di Liga Super

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
129 Views
Published
Skuad 'The Fighters' disingkirkan dari kancah Liga Super 2018 ke Liga Perdana kerana kegagalan pasukan mereka mendapatkan lesen.
FELDA United gagal melengkapkan dokumen membabitkan penyata kewangan pasukan dan menerima hukuman diturunkan pangkat beraksi ke Liga Perdana musim hadapan.
Perkara itu diumumkan Kevin Ramalingam yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) dalam satu sidang media semalam.
Dalam perkembangan lain, Kevin turut mengesahkan menerima permohonan Persatuan Bolasepak Terengganu (PBSNT) untuk menjadikan T-Team (TFC ll) sebagai 'feeder club'.
Oleh itu TFC ll akan bermain di Liga Perdana musim depan manakala dua kekosongan pasukan di Liga Super 2018 akan diisi oleh pasukan PKNP FC dan N. Sembilan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment