Filem Melayu Klasik (Latifah Omar) IKAN EMAS 1965 - Full Movie

Loading...

Thanks! Share it with your friends!

You disliked this video. Thanks for the feedback!

Added by ava
219 Views
- Filem Cathay-Keris arahan M. Amin lakonan Latiffah Omar, Sipot Serawak , Ghazali Sumantri & Normala Jalil.
- Sinopsis filem : Latiffah Omar sebagai Kiantan seorang anak tiri yang sering didera oleh ibu dan kakak tirinya, Mak Kiambang (Sipot Serawak) dan Kiambang (Normala Jalil – Pelakon baru). Ini bermula pada suatu hari, ketika Mak Kiantan mengikut bapanya menjala, emaknya telah terjatuh ke dalam kolam. Satu kejadian aneh berlaku apabila emaknya kemudian menjelma menjadi seekor “Ikan Emas”. Kiantan membawa ikan emas itu pulang dan memeliharanya. Malangnya Mak Kiambang dan Kiambang telah menangkap dan membunuh ikan emas tersebut. Kiantan merasa begitu sedih lalu menanam ikan emas itu di satu tempat. Sekali lagi, kejadian aneh berlaku apabila tempat ikan emas itu ditanam telah ditumbuhi dengan sebatang pohon emas yang rendang. Suatu hari, ketika Kiantan sedang menyanyi di bawah pohon emas (pohon sakti) itu, nyanyiannya telah didengar oleh Raja negeri itu (Ghazali Sumantri) yang sedang mencari bakal Permaisuri barunya yang sejati kerana selama ini banyak yang meninggal dunia pada malam perkahwinan terkena sumpahan. Dia terpikat pada kejelitaan Kiantan. Begitupun Mak Kiambang dan anaknya terus merancang untuk memusnahkan perkahwinan mereka dengan ilmu sihir serta merampas kuasa. Bagaimanapun rancangan jahatnya itu walaupun berjaya pada awalnya tetapi akhirnya gagal. Mereka anak beranak terkena sumpahan daun pohon sakti itu dan bertukar menjadi katak.
- upload oleh latifahomarklasikfanclub.blogspot.com
Category
Filem - Movies

Post your comment

Sign in or sign up to post comments.

Comments

Be the first to comment