Selepas beberapa kali diganggu oleh Baju Merah dalam siri jelajah Perhimpunan BERSIH sebelum ini, kumpulan ‘Baju Kuning’ menarik nafas lega apabila tidak diganggu hari ini.
Hari ini, seramai 20 orang aktivis BERSIH telah mengedarkan 2,000 risalah mengenai perhimpunan itu di kawasan Masjid Jamek
Menurut Ketua Angkatan Anak Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata sambutan orang ramai terhadap perhimpunan itu sangat baik.
“Sambutan sangat baik, yang datang hari ini bukan hanya diperingkat wilayah tapi nasional. Respon yang kita beri sangat positif. Kita sudah edarkan kira-kira 2000 flyers kepada orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas pengedaran risalah itu.
Nik Nazmi dalam ucapannya di Masjid Jamek turut menyentuh soal ekonomi yang semakin meruncing, masalah rasuah selain menyeru rakyat untuk turut berhimpun pada Sabtu ini.
Dalam aktiviti penyerahan risalah itu, turut kedengaran kenderaan membunyikan hon kereta tanda sokongan kepada perhimpunan itu.
Turut hadir adalah Pimpinan DAPSY Selangor, Pemuda AMANAH dan juga barisan pemimpin AMK.
Acara itu berlangsung dari jam 5.30 petang hingga 6.30 petang tadi.
Masjid Jamek merupakan salah satu lokasi berhimpun pada Sabtu ini.
Sebelum ini Ketua Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos telah mengancam untuk berkumpul beramai-ramai bersama BERSIH termasuk Sabtu ini.
Ia bagi membantah perhimpunan yang dibuat oleh BERSIH kerana kata Jamal, ia adalah demonstrasi haram.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment