Write For Us

Floorball wanita dibelasah Thailand

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
84 Views
Published
Skuad floorball wanita negara membuka kempen Sukan Sea 2019 dengan langkah kiri apabila kalah besar 2-8 di tangan Thailand di Manila.
Pasukan negara yang tampil buat kali kedua selepas Sukan Sea 2015 nyata gagal menggugat Thailand yang hadir selaku pemenang pingat perak di Singapura lalu.
Kem negara ketinggalan 0-4 pada suku pertama dan lawan menambah tiga lagi gol pada suku kedua sebelum bangkit dengan 2-1 pada set terakhir.
Pengendali negara, Rizal Razman mengakui anak buahnya lambat panas terutama pada awal permainan yang mengejutkan kem negara.
Jelas Rizal, cubaan pemainnya untuk bangkit pada suku ketiga sudah terlambat dengan Thailand lebih banyak menyerap asakan pasukan negara.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment