Write For Us

[FULL] ANUGERAH SKRIN 2009 | #ASK2009

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
Anugerah Skrin 2009 diadakan pada 4 Disember 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra, mempertandingan 23 anugerah untuk mengiktiraf karya-karya terbaik hasil bidang penerbitan televisyen dan filem Malaysia.
Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2008 hingga 30 Jun 2009 selain pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen Media Research mengikut genre masing-masing.
Anugerah Skrin kali ini memperkenalkan anugerah baru iaitu Videografi Terbaik dalam kategori Drama. Dalam kategori Penerbitan Dalaman, Rancangan Muzik Terbaik asalnya hendak diserapkan ke dalam anugerah Rancangan Hibutan Terbaik tetapi kekal sebagai anugerah berasingan di malam upacara.
Sebagai kejutan terbesar, Anugerah Khas Juri kali ini diubah menjadi "Anugerah Yasmin Ahmad" sempena memperingati jasa Allahyarham Yasmin Ahmad dalam bidang seni perfileman dan televisyen sepanjang hayatnya. Anugerah ini dikhususkan kepada bakat baru yang menyerikan industri tanah air. Penerima sulung anugerah ini ialah Jaclyn Victor (yang turut tercalon untuk Pelakon Pembantu Wanita Filem Terbaik bagi filem Talentime).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment