Write For Us

FWD Takaful sedia program sokongan pesakit kanser

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
86 Views
Published
FWD Takaful Bhd menawarkan Program Terapeutik Digital kepada pelanggan pelan kanser takaful keluarganya yang dikenali FWD Care Direct, menerusi kerjasama strategik dengan Naluri Hidup Sdn Bhd.
Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful, Salim Majid Zain, berkata program itu membolehkan pihaknya memberikan perkhidmatan nilai tambah secara pilihan kepada pelanggan pelan takaful yang diperkenalkan pada Oktober tahun lalu.
Beliau berkata, program itu menjadikan pelan FWD Care Direct lebih menarik dan direka khusus untuk menyokong secara emosi, mental serta fizikal yang diperlukan pelanggan selepas dikenal pasti mengidap kanser.
Katanya, menerusi kerjasama strategik Naluri Hidup, pelanggan FWD Care Direct boleh mengaktifkan akaun dengan pengendali program rawatan digital itu ketika membuat tuntutan sebagai pendekatan menyeluruh penyelenggaraan kesihatan pasca diagnosis.
Beliau berkata pada majlis memeterai perjanjian kerjasama antara FWD Takaful dan Naluri Hidup pada 5 Februari.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment