Write For Us

Gagal jumpa Anwar, adakah Tun M akan buat rayuan?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
90 Views
Published
Kegagalan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertemu dengan Ketua Umum Pakatan Harapan yang sedang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuatkan beliau kecewa.
Ditanya sama ada beliau akan membuat rayuan untuk bertemu Anwar selepas ini, Mahathir dengan yakin berkata kerajaan sekarang tidak akan melayan sebarang rayuan.
"Dalam kerajaan sekarang ini bila kita tulis surat dia tak jawab. Bila hantar peringatan dia tak jawab. Tiada respon, kita tidak tahu sama ada mereka luluskan atau tidak.
"Saya boleh hantar 100 kali rayuan atau dapatkan deklarasi rakyat tapi ia tidak akan berjaya," kata Mahathir kepada pemberita di luar wad Hospital Rehabilitasi Cheras sebentar tadi.
Pegawai penjara menghalang Mahathir untuk bertemu dengan Anwar , yang kini dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur.
Kecewa dengan perkara itu, pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata beliau dimaklumkan larangan dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Mahathir yang hadir bersama-sama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tiba di Hospital Rehabilitasi Cheras pada jam 4.30 petang tadi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment