Write For Us

Gaji jemaah menteri dipotong 10 peratus - PM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan gaji jemaah menteri akan dipotong sebanyak sepuluh peratus.
Beliau berkata ia bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) terhadap masalah kewangan kerajaan.
Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat kabinet pertama di Putrajaya pagi ini.
Beliau berkata sesetengah pegawai kerajaan kini mendapat gaji lebih tinggi daripada menteri kabinet.
Namun, katanya lagi, kabinet tidak bercadang untuk menaikkan gaji anggotanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment