Write For Us

Gara-gara #Tangkap MO1, Anis Syafiqah dapat 'surat cinta UM'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
155 Views
Published
Jurucakap #TangkapMO1, Anis Syafiqah Md Yusof memuat naik status di Facebooknya bahawa dia mendapat surat tunjuk sebab daripada pihak pentadbiran Universiti Malaya kerana penglibatannya dalam perhimpunan Tangkap Malaysian Official 1, pada 2 Ogos lalu di ibu negara.
Surat tersebut menjelaskan Anis Syafiqah didapati menjalankan urusan di luar kampus dalam cara yang merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan dan nama baik Universiti.
Jelas surat itu lagi, Anis Syafiqah juga diminta memberi jawapan kepada surat tunjuk sebab itu dalam masa tujuh hari kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor, di mana kegagalan menjawab surat tersebut mengakibatkan dia dikenakan tindakan tatatertib.
Pada 27 Ogos lalu, Anis Syafiqah mengetuai gerakan pelajar untuk mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Malaysian Official 1 - nama yang disebut dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk mendapatkan kembali hampir AS$1 bilion aset yang dikaitkan dengan 1MDB.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment