Write For Us

Gelagat Zizan lentok manja di bahu Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
107 Views
Published
Pelawak popular Zizan Razak menerima Anugerah Ikon Media Sosial 2017 sempena Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW2017) anjuran Dewan Sosial Media Malaysia.
Majlis yang berlangsung secara santai dan meriah itu juga menyaksikan bintang utama filem Abang Long Fadil itu sempat membuat aksi manja sewaktu menerima trofi disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Abang Long Fadil jumpa #DaBoss manja-manja lentok kepala pula @zizanrajalawak #MSMW2017,” tulis status pada akaun Twitter Najib.
Anugerah yang berlangsung itu turut menyaksikan Najib diiktiraf dengan Anugerah Kepimpinan Global sempena MSMW2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur, semalam.
Penghargaan itu diberikan kepada beliau kerana usahanya menggerakkan industri digital Malaysia dengan pelbagai inisiatif serta melakukan pelbagai kerjasama peringkat global.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment