Write For Us

Gempa di Sulawesi: Rumah, bangunan runtuh, tiga maut, 24 cedera

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
83 Views
Published
Gempa bumi kuat 6.2 Skala Richter di Sulawesi Barat, Indonesia, awal pagi tadi, dikhuatiri mengorbankan lebih ramai mangsa dengan tiga disahkan maut setakat ini, berikutan berlakunya runtuhan rumah dan bangunan.

Menurut kenyataan Badan Pengurusan Bencana Daerah (BNPD) Kabupaten Majene dan Polewali Mandar, berdasarkan data sementara yang diperoleh, setakat 9 pagi ini, tiga disahkan meninggal dunia, 24 cedera dan lebih 60 rumah dan bangunan runtuh.

Pasukan mencari dan menyelamat dilaporkan sedang mengesan mangsa-mangsa yang dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan.

Menurut Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gempa bermagnitud 6.2 Skala Richter itu berlaku pukul 1.28 pagi waktu Indonesia barat, berpusat di 6km Timur Laut-Majene-Sulawesi Barat pada kedalaman 10km.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment