Write For Us

Geng Kabel Raja tumpas

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
92 Views
Published
Polis berjaya menumpaskan ‘Geng Kabel Raja’ yang aktif dalam kegiatan pecah rumah di sekitar daerah Kuala Muda menerusi Op Pintu minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata ia susulan tertangkapnya seorang lelaki yang juga suspek utama bersama kekasihnya, selepas terbabit dalam kes pecah rumah yang berlaku di Taman Cempaka, Sungai Petani, pada 30 Disember lalu.
Dalam kejadian itu, lelaki berusia 32 tahun dan kekasihnya, 30 tahun memecah masuk ke sebuah rumah yang ditinggalkan selama dua hari sehingga menyebabkan kerugian, termasuk kehilangan barang kemas dan komputer riba yang didakwa berjumlah RM120,000.
Hasil risikan dan maklumat diterima, pasangan kekasih itu ditahan dalam satu serbuan yang dijalankan di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Pengkalan Kapal Alor Setar pada 13 Januari lalu.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment