Write For Us

Genting taja RM5 juta LTdL 2020

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
122 Views
Published
Pendakian getir berstatus Hors ke puncak Genting Highlands pada perlumbaan PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 bukan sahaja menjanjikan persaingan sengit merebut jersi kuning serta juara keseluruhan.
Malah, cabaran peringkat keempat itu juga bakal menyerlahkan suasana pesta penuh warna-warni di sepanjang laluan ke puncak penamat setinggi 1,650 meter di Resorts World Genting.
Terkenal dengan julukkan 'Queen Stage', pendakian ke Genting Highlands yang dijadual pada 10 Februari yang bermula dari pekarangan Perbadanan Putrajaya menuju ke puncak Genting di Resorts World Genting pasti ditunggu peminat.
Bertempat di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Khamis, 30 Januari, Genting Malaysia Berhad diperkenalkan sebagai penaja utama perlumbaan edisi ke-25 yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Penajaan Genting Malaysia Berhad pada edisi kali ini merangkumi tajaan tunai dan barangan berjumlah RM5 juta.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment