Write For Us

Gerakan lebih berani daripada MCA - Soi Lek

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
Gerakan lebih berani daripada MCA dalam membuat keputusan untuk meninggalkan BN demi kebaikan parti itu, kata bekas presiden MCA Dr Chua Soi Lek.
Beliau berkata MCA sepatutnya keluar BN pada 10 Mei, selepas pilihan raya umum ke-14 yang mengakibatkan pentadbiran BN kalah teruk.
"Gerakan lebih berani. Saya mesti mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Gerakan," katanya.
"BN hari ini bukan nama jenama politik yang kita rasa bangga (untuk bersekutu dengannya)," katanya dalam temu bual dengan Malaysiakini pada hari Khamis.
"Jika parti lain memutuskan untuk meninggalkan BN," katanya, " Saya tidak nampak sebab mengapa pemimpin MCA tidak boleh membuat keputusan semudah itu. Jika saya menjadi presiden, perkara pertama yang saya akan lakukan ialah meninggalkan BN," katanya.
"Saya tidak akan mengatakan perkara-perkara bodoh seperti 'saya akan memecat Umno' Ini adalah lulucuan politik terbesar pada 2018," katanya, merujuk kepada kata-kata penyandang Presiden MCA Liow Tiong Lai
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment