Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menegur Ahli Parlimen BN di dalam Dewan Rakyat hari ini kerana bercakap dan ketawa ketika beliau bercakap tentang keganasan terhadap wartawan.
Menteri itu menyampaikan ucapan penggulungannya di parlimen hari ini di mana beliau meminta agar tidak mengugut, mengancam atau menganiaya secara fizikal wartawan, yang dikatakannya hanya menjalankan tugas mereka.
Beliau dipercayai merujuk kepada insiden pada Jumaat lalu di mana dua pelatih Malaysiakini diganggu oleh pemimpin dan penyokong Umno ketika mereka ditugaskan untuk menghadiri majlis mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak di Kuala Lumpur.
Selepas Gobind menegaskan keganasan terhadap wartawan, terdapat perbualan dan ketawa yang didengari dari pihak BN walaupun tidak jelas siapa mereka atau apa yang mereka bicarakan.
Ia jelas mengundang reaksi dari Gobind.
"Mungkin kita gelak di dewan ini, tapi kalau kamu disitu haritu sebagai wartawan yang kena serang itu saya rasa perasaan yb mungkin berbeza"
"Jadi kita jangan ketawakan perkara-perkara itu seolah-oalahnya ia perkara yang remeh dimana perkara-perkara itu kita sepatutnya ambil serius YB ya, terima kasih," kata Gobind
Gobind berkata keganasan terhadap wartawan tidak boleh diterima dan terdapat cara lain untuk menyatakan ketidaksetujuan terhadap sesuatu yang dilaporkan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment