Write For Us

Golongan 'jumud, kolot dan bengis' bawa fahaman Islam sempit - Anwar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
134 Views
Published
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru mahasiswa agar tidak terheret dengan fahaman dan pendekatan Islam sempit yang membuatkan orang lain takut terhadap Islam.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan seorang pelajar tentang penglibatan mahasiswa dalam gerakan Islam dalam sesi soal-jawab program Meet Anwar Ibrahim di Dewan Canselor Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya.
Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, umat Islam tidak harus melupakan prinsip kasih-sayang yang ditekankan dalam Islam terutamanya di negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk.
Justeru, Anwar menekankan kepentingan penglibatan mahasiswa dalam gerakan Islam agar ia tidak hanya dikuasai oleh golongan yang disifatkannya sebagai 'jumud, kolot dan bengis’.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment