Write For Us

Golongan miskin perlu terima strategi kerajaan bantu tingkat pendapatan PM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
62 Views
Published
Golongan miskin akan terus ketinggalan jika tidak menerima strategi dilaksanakan kerajaan untuk meningkatkan pendapatan mereka, antaranya melalui dasar Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat tidak boleh bergantung sepenuhnya bantuan atau wang percuma daripada kerajaan, sebaliknya mereka mesti berusaha untuk menambah pendapatan dengan memanfaatkan pinjaman kewangan atau latihan yang disediakan kerajaan.
Katanya, Malaysia belum mencapai tahap negara maju, antara lain disebabkan jurang pendapatan jauh antara golongan kaya dan miskin, serta pencapaian sesuatu kaum dengan kaum yang lain tidak sama rata.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Disember di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra pada Isnin, 2 Disember.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment