Write For Us

'GST tak naik walaupun selepas PRU'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
64 Views
Published
Kerajaan tidak merancang untuk menaikkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.
"Saya ingin menegaskan sekali lagi kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan lagi kadar GST daripada enam peratus, walaupun selepas PRU.
"Mungkin sesetengah pihak yang mencadangkan (kenaikan) ada sebab tertentu. Tetapi buat masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji, mahupun menaikkannya di masa depan," katanya yang juga anggota parlimen Jerlun.
Beliau menjawab Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang memintanya mengesahkan sama ada Bank Dunia ada mencadangkan Malaysia menaikkan GST kepada tujuh peratus.
"Saya sendiri pun tidak membacanya dan saya tak pasti (akan cadangan itu). Mungkin ada cadangan...Tetapi kita kekal dengan enam peratus," katanya lagi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment