Write For Us

Guan Eng cabar Ku Nan berdebat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
120 Views
Published
Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini mencabar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk berbahas secara terbuka berhubung cadangan menjadikan Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada Wilayah Persekutuan.
Lim berkata beliau terbuka untuk mengadakan perbahasan secara umum mengenai cadangan itu dan berharap ia dapat disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media hari ini.
Beliau bagaimanapun sekali lagi menegaskan bahawa pihaknya tetap akan menolak cadangan Tengku Adnan itu.
Rabu lalu, Tengku Adnan mencadangkan perluasan kawasan Wilayah Persekutuan merangkumi Pulau Pinang, Langkawi dan sebahagian Melaka.
Negeri berkenaan akan diletak di bawah pentadbiran Putrajaya secara langsung dan bakal mendapat lebih peruntukan serta perhatian daripada Kerajaan Persekutuan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment