Empat anggota keluarga Ketua Pemuda MCA Bahagian Tanjong Lim Swee Bok, maut dalam kebakaran di kediaman mereka, di Pangkalan Weld di sini hari ini.
Mereka yang maut dalam kejadian pada 6 pagi itu ialah isterinya Chen Yen, 35, anak lelaki Lim Yin Chun, 9, dan anak perempuan Lim Jia Yiin, 8, serta ibu ketua pemuda MCA itu Lau Sai Poh, 62.
Rumah kluster dua tingkat di Pintasan Cecil 5, yang didiami keluarga Swee Bok itu musnah sepenuhnya dan ketika kejadian dia tiada di rumah.
Swee Bok yang tiba di rumahnya ketika pihak bomba berusaha memadamkan kebakaran dilihat tidak dapat menahan kesedihan dan terpaksa ditenangkan oleh beberapa jirannya.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata semua tingkap di rumah itu dipasang jeriji besi dan keadaan itu menyukarkan mangsa keluar dari kediaman berkenaan.
“Mayat Isteri, anak perempuan dan ibu Swee Bok ditemukan di ruang tamu tingkat bawah pada 7.10 pagi dipercayai cuba menyelamatkan diri manakala anak lelakinya di tingkat atas rumah iaitu 50 minit selepas itu,” katanya di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba Lebuh Pantai Mohd Rozairi Abdul Rahim berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.08 pagi dan pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah bersebelahan.
“Ketika kami tiba, api sedang marak…api berjaya dipadamkan sepenuhnya 7.10 pagi. Empat mayat ditemukan rentung ketika kami membuat pemeriksaan di rumah itu selepas api dipadamkan.
“Semua mangsa dipercayai terperangkap dan gagal keluar kerana api marak dengan cepat, lagipun rumah itu hanya mempunyai satu pintu sahaja untuk masuk dan keluar,” katanya.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.
Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hadir melawat mangsa kebakaran dan mengucapkan takziah kepada mangsa yang terkorban.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment