Write For Us

Guan Eng pertahan Air Putih, Zairil ke Tanjung Bungah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
94 Views
Published
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng akan mempertahankan kerusi DUN Air Putih untuk penggal ketiga dalam pilihan raya umum akan datang ini.
Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow membuat pengumuman di pusat perkhidmatan parti Tanjung Bungah hari ini .
Lim selaku ketua menteri sementara turut hadir.
Chow juga mengumumkan calon kerusi Parlimen Bukit Bendera, Tanjung Bungah dan kerusi DUN Pulau Tikus. Penyandang Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari akan bertanding DUN Tanjung Bungah.
Zairil sebelum ini dikaitkan kontroversi peribadi telah menikahi teman satu parti Dyana Sofya Mohd Daud bulan lalu. Perpindahan beliau ke kerusi negeri dilihat sebagai langkah strategik.
Langkah itu mungkin membuka jalan kepada beliau menjawat kedudukan dalam majlis eksekutif negeri jika Pakatan Harapan (HARAPAN) mengekalkan Pulau Pinang dalam PRU14.
Zairil kemungkinan besar akan bertanding melawan calon Gerakan, H'ng Chee Way.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment