Write For Us

Guan Eng 'sekolahkan' pemimpin MCA

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
90 Views
Published
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjawab dakwaan dari Timbalan presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung pelaburan yang dibuat dalam projek terowong dasar laut.
Menurut Guan Eng, Wee dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bebas melabur dalam Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd, kerana ia tidak akan menjejaskan daya maju projek.
Guan Eng berkata demikian hari ini dalam "ceramah" beliau untuk Wee atas serangan yang dilakukan terhadap saham Zenith yang telah dibeli oleh sebuah syarikat fesyen, Vertice Bhd.
"Wee Ka Siong mempersoalkan Vertice melabur 13.21 peratus di Zenith. Apa yang salah dengan pelabur di Zenith?
"Zenith masih menjadi pemegang saham (utama) projek ini. Tidak ada yang salah bagi pelabur untuk meletakkan wang ke Zenith.
"Lagipun, kontraktor utama masih China Railway Construction Corporation (CRCC).
"Sesiapa sahaja boleh melabur di Malaysia. Malah Wee Ka Siong (foto), jika anda mahu anda boleh melabur. Malah PM Najib. Jika mereka mahu, mereka boleh melabur di Zenith. Tetapi kontraktor utama masih sama, CRCC. Oleh itu, jangan cuba mengelirukan isu ini, "kata Lim dalam kenyataan video di Facebooknya hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment