Write For Us

Guan Eng terkejut PAS cakap macam BN

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
DAP melahirkan rasa terkejut dengan tindakan PAS yang menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 yang lulus bagi bacaan kedua di Dewan Rakyat semalam.
Setiausaha agungnya, Lim Guan Eng turut mempersoalkan tindakan PAS yang menyokong undang-undang berkenaan yang menurutnya mencabuli hak asasi manusia.
Semalam, Dewan Rakyat meluluskan RUU Antiberita Tidak Benar yang bertujuan mengekang penyebaran berita palsu dan mewujudkan langkah-langkah pencegahan.
Rang undang-undang itu diluluskan menerusi suara majoriti di peringkat jawatankuasa dengan pindaan pada Fasal 4 bagi menggantikan perkataan 'diketahui' dengan perkataan 'niat jahat' serta pengurangan hukuman penjara dari 10 tahun kepada enam tahun pada Fasal 5.
Sebelum itu, Dewan Rakyat meluluskan bacaan kedua RUU berkenaan dengan 123 undi menyokong dan 64 menolak.
Kesemua 11 anggota parlimen PAS yang hadir semalam menyokong RUU berkenaan kecuali Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) serta Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) yang tiada ketika sesi Parlimen semalam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment