Write For Us

Hadi: Dalam HARAPAN ada pemimpin penyangak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
89 Views
Published
PAS ketika ini lebih selesa untuk menjadi pihak yang berkecuali dalam mendepani krisis keyakinan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 dan tidak boleh bersama Pakatan Harapan kata presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, ini kerana di dalam HARAPAN ada pemimpin penyangak, yang dahulu dan terdahulu bersekongkol dengan punca masalah negara.
Abdul Hadi walau bagaimanapun tidak menyebut pemimpin yang dimaksudkannya itu.
Menerusi kenyataan media hari ini, pihak di sana pula ramai kalangan yang tidak boleh menjadi saksi yang adil mengikut perhitungan Islam yang menjadi pegangan PAS
Beliau berkata, PAS juga tidak boleh bersama kerajaan iaitu pihak yang sentiasa dituduh oleh pembangkang, sehinggalah dibuktikan bersihnya atau kesalahannya.
Abdul Hadi berkata, PAS percaya bahawa rakyat yang mahu menjadi hakim yang adil melalui pilihan raya itu sedang menghadapi krisis keyakinan bagi menentapkan hukumannya kepada siapa hendak dihukum atau dipersalahkan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment