Write For Us

'Hadi patut bentang RUU355 pada Majlis Raja-Raja, bukan di Parlimen'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
218 Views
Published
Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat, pindaan rang undang-undang 355 perlu dibentangkan pada Majlis Raja-raja sebelum di bawa ke Parlimen.
Menurut Tengku Razaleigh, perkara berkaitan rang undang-undang tersebut juga sepatutnya dibincangkan di peringkat negeri serta perlu mendapat perkenan Majlis Raja-raja.
"Tak layak bawa masuk parlimen. Soalnya, parlimen bukan tempatnya. Ia patut dibawa ke peringkat negeri. Kalau tak, ia tak berpelembagaan kerana agama ialah hak raja.
"Kalau hak raja, mesti dibawa ke peringkat negeri, runding dengan majlis agama Islam negeri dan raja sendiri.
"Ia mesti dibentang pada Majlis Raja-raja. Kalau dapat perkenan Majlis Raja-raja baru boleh dibawa ke peringkat ini (parlimen)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat hari ini.
Rang undang-undang persendirian yang akan dibawa anggota parlimen Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan diletak pada kedudukan keempat pada kertas aturan mesyuarat di parlimen menjadikan perbahasan mengenainya mungkin diadakan hari ini atau esok.
RUU berkenaan adalah untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) yang juga dikenali sebagai Akta 355, bagi memperluaskan bidang kuasa mahkamah syariah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment