Naib Presiden PAS Idris Ahmad memaklumkan bahawa presiden parti itu yang juga anggota parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak hadir pada pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima, parlimen ke-13 hari ini kerana tidak sihat.
"Dia tak hadir sebab tak berapa sihat sangat, insha-Allah esok dia akan hadir," kata Idris kepada pemberita selepas menghadiri upacara pembukaan mesyuarat parlimen yang turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai ketidakhadiran Abdul Hadi hari ini.
Selain itu, Idris yang juga adalah anggota parlimen Bukit Gantang turut berharap agar rang undang-undang persendirian berkaitan pindaan Akta 355 dapat dibacakan pada parlimen kali ini.
"Kita harap ia akan dibentangkan. Itu kita harap. Kita harap juga kerajaan terutamanya, ada inisiatif dan keberanian supaya membenarkan RUU dibentangkan," katanya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment