Write For Us

Hadi umum Nasrudin bertanding di Indera Mahkota

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
88 Views
Published
Ketua Penerangan PAS dinamakan sebagai calon parti itu untuk bertanding di Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat pengumuman itu pada akhir ceramahnya pada Program Amanat Pilihan Raya PAS Teraju Pahang di Cenderawasih di Kuantan malam tadi.
"Kenapa beliau bertanding di sini?...kerana beliau duduk di sini dan ada ilmu, ada kelayakan dan boleh berhujah dengan baik.. beliau tidak senyap. Jadi dia calon yang sesuai untuk bertanding di Indera Mahkota.
"Di Temerloh (kawasan yang ditandingi Nasrudin pada pilihan raya umum lalu) kita juga akan bertanding tapi calonnya akan ditentukan kemudian," kata Abdul Hadi.
Parlimen Indera Mahkota kini disandang Datuk Fauzi Abdul Rahman daripada PKR.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment