Write For Us

Hafizh si Neymar 'celup'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
98 Views
Published
Mengenali nama Hafizh Syahrin Abdullah, satu perkara yang pantas terlintas difikiran masing-masing adalah seorang anak muda yang mempunyai sifat 'hati kering' menunggang jentera besar di Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP).
Begitulah melekatnya ingatan ramai jika bercakap mengenai Hafizh. Jentera besar serta kelajuan sudah umpama sebati di dalam kehidupan sehariannya.
Namun dari satu sudut lain, sensasi negara itu yang mencipta nama menerusi sukan dua roda, sebenarnya mempunyai potensi di dalam acara sukan lain terutamanya bola sepak.
Hafizh yang beraksi bersama Red Bull KTM Tech 3 musim ini berkata, sifatnya yang tidak pernah duduk diam mendorongnya untuk melakukan pelbagai aktiviti sukan.
Mempunyai wajah seiras bintang Brazil, Neymar, Hafizh mengakui ia sedikit sebanyak menyebabkannya meminati penyerang lincah itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment