Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim menegur tindakan beberapa pemimpin Sabah yang didakwa mengugut untuk meletakkan jawatan daripada kabinet persekutuan, sekiranya Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung hak 40 peratus hasil Sabah.
Menurut Hassan, tindakan tersebut tidak sihat dan belum pernah berlaku dalam sejarah politik negara. Katanya, mempolitikkan keputusan mahkamah dengan ugutan sedemikian tidak membantu proses undang-undang, sebaliknya menyerupai “political ransom”.
Jelasnya, AGC mempunyai hak untuk menyemak dan mempertimbangkan alasan penghakiman sebelum memutuskan sama ada rayuan perlu difailkan atau tidak, selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
- Tags
- Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment