Write For Us

Hakim arah mediasi kes saman Nurul terhadap Khalid, Ismail Sabri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
120 Views
Published
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini meminta agar kes saman fitnah Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar terhadap Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui proses mediasi terlebih dahulu sebelum dibicarakan.
"Biasanya amalan di mahkamah tinggi, semua kes sebelum sampai ke bicara penuh perlu dihantar kepada mediasi untuk satu percubaan untuk selesaikan kes.
"Memandangkan ia (mediasi) belum berlaku lagi dalam kes ini, Yang Arif menerima pandangan bahawa ia perlu dirujuk kepada mediasi.
"Mediasi bermaksud kedua-dua pihak diminta sama ada kes ini boleh diselesaikan secara baik atau tidak," kata peguam Nurul, S Sivarasa kepada pemberita di mahkamah hari ini.
Hakim bagi kes saman berkenaan ialah Faizah Jamaludin.
Sehubungan itu, Sivarasa berkata, sekiranya proses mediasi tidak berjaya, kes tersebut akan dibicarakan pada Ogos depan.
Pada November 2015, Nurul memfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerana menuduhnya sebagai penderhaka kepada negara.
Ia berhubung sekeping gambar memaparkan beliau bersama Jacel Kiram iaitu anak perempuan Jamalulail Kiram yang dikatakan mengetuai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada 2013.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment