Write For Us

Hampir 13 jam disoal siasat, Rosmah keluar dari SPRM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
118 Views
Published
Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat keluar meninggalkan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 10.40 malam selepas hampir 13 jam disoal siasat.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki menafikan spekulasi yang mengatakan Rosmah akan didakwa esok.
"Tidak, (Rosmah tidak akan didakwa esok)," katanya melalui mesej kepada Malaysiakini.
Ini merupakan kali kedua Rosmah dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM.
Menurut sumber, Rosmah meminta soal siasat itu dilanjutkan pada hari sama agar beliau tidak perlu datang lagi selepas ini.
Rosmah yang kelihatan lesu dilihat melangkah keluar meninggalkan bangunan SPRM dan hanya berkata "Alhamdulillah, saya okey" apabila diminta memberikan ulasan.
Pada 5 Jun lalu, Rosmah disoal siasat selama lima jam berhubung siasatan SPRM ke atas SRC International Sdn Bhd.
Sebelum ini, media melaporkan, Rosmah dijangka berdepan hampir 20 tuduhan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment