Write For Us

Hampir 3 tahun tunggu 'Selasa', bila nak saman? - MP DAP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
72 Views
Published
Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching mempersoalkan mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak bertindak memfailkan saman terhadap beberapa media antarabangsa yang melemparkan fitnah terhadapnya dalam usaha membersihkan namanya, dalam isu berkaitan 1MDB.
Selepas dakwaan yang disiarkan di Wall Street Journal (WSJ), Teo berkata Najib dan kerajaan terus membisu dengan penghinaan itu, sama seperti edisi terbaru majalah terkenal Indonesia Tempo, yang mendakwa kapal layar mewah Equanimity yang dirampas adalah milik individu yang rapat dengan Najib.
Dalam laporan itu, The Economist mendakwa Najib akan "menafikan pilihan pengundi" antaranya melalui gerimander dan pembahagian sempadan pilihan raya.
Laporan itu mendakwa ini kerana Najib bimbang pengundi tidak akan memilih BN ekoran isu 1MDB.
Keesokannya, pengacara program berita MSNBC Amerika, Rachel Maddow pula menamakan Najib sebagai "pencuri" berhubung saman sivil Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (DOJ) mengenai 1MDB.
Bagaimanapun, Najib menafikan sebarang salah laku berkaitan 1MDB.
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga telah membersihkan nama Najib daripada sebarang salah laku.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment