Write For Us

Hanipa Maidin ceria kembali ke Parlimen

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
170 Views
Published
Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin kembali di Parlimen kali ini selepas tidak hadir sesi sidang Dewan Rakyat yang lalu akibat serangan angin ahmar.
"Saya amat gembira (untuk kembali), mesyuarat Umno membawa saya kembali kepada kehidupan," katanya secara berseloroh ketika ditemui di lobi Parlimen.
Hanipa, yang kini menggunakan tongkat, diiringi Ahli Parlimen Amanah yang lain untuk membantunya berjalan.
Hanipa berkata beliau masih mendapatkan rawatan fisioterapi tetapi bukan setiap hari.
Ditanya sama ada beliau bersedia untuk menghadapi perubahan baru di Parlimen, beliau dengan cerianya menjawab: "Selagi ada BN, saya bersedia."
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment